Kamis, 26 Maret 2020

Buang Air Besar Berdarah Sudah Hampir Seminggu Ini Cara Merawat Buasir Berkesan

Buang Air Besar Berdarah Sudah Hampir Seminggu Ini Cara Merawat Buasir Berkesan - Buasir dikenali sebagai hemorrhoid, iaitu pembengkakan disebabkan pembesaran saluran darah yang terdapat di dalam atau di sekeliling bahagian bawah (rektum dan dubur). Pembengkakkan saluran daran menyebabkan benjolan keluar dari dinding dalam dubur atau dari kulit sekitarnya. Kang kala ia terkeluar dan tidak boleh ditolak ke dalam semula, atau menjadi lebih besar dan keluar dari dubur. Kemudian anda mungkin dapat melihatnya sebagai benjolan yang berpermukaan licin, lembap dan kelihatan lebih merah jambu dari kawasan sekitarnya. Dan benjolan ini lebih cenderung untuk menyebabkan kesakitan, terutamanya ketika anda membuang air besar. Buang Air Besar Berdarah Sudah Hampir Seminggu Ini Cara Merawat Buasir Berkesan




Gumpalan darah boleh terbentuk dalam buasir luaran, menjadikannya berwarna ungu atau biru. Ini dipanggil trombosis. Ia boleh sakit, gatal dan juga berdarah. Benjolan yang keluar ini biasanya tidak menyakitkan kecuali apabila aliran darah terganggu.

Kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa mereka mengalami masalah buasir kerana penyakit ini biasanya tidak menyebabkan sebarang simptom. Tetapi apabila gejala berlaku, pesakit boleh mengalami:
- Pendarahan selepas membuang air besar- darah biasanya merah terang
- Kegatalan pada keliling dubur
- Terdapat benjolan yang bergantung di luar dubur, yang mungkin perlu ditolak semula selepas membuang air besar
- Pelepasan lendir selepas membuang air besar
- Kesakitan, merah dan bengkak di sekeliling dubur



Buasir boleh dikelaskan kepada beberapa tahap:

Tahap 1 - Benjolan kecil yang terbentuk di lapisan dalam dubur dan tidak dapat dilihat dari luar dubur
Tahap 2 - Benjolan yang lebih besar yang boleh keluar dari dubur anda apabila anda pergi ke tandas
Tahap 3- Satu atau lebih benjolan lembut keluar dan tergantung dari dubur dan boleh ditolak ke dalam semula
Tahap 4 - Keluar benjolan yang lebih besar yang tergantung daripada dubur dan tidak boleh ditolak masuk.

Jenis buasir

Buasir terbahagi kepada dua iaitu:

1.   Buasir daripada kawasan dalam(Internal Haemorrhoid)
2.   Buasir daripada kawasan luar(External Haermorrhoid)

Pembahagian ini dibuat disebabkan kawasan buasir tersebut adalah dibahagian yang berlainan dan simptom pun bebeza. Kawasan ano-rectal dibahagikan kepada bahagian atas dan bawah oleh satu garisan yang dinamakan sebagai garisan ‘dentate‘. Garisan ini terjadi disebabkan proses embrologi ketika bayi di dalam kandungan.

Buasir yang terjadi di atas garisan ‘dentate‘ dikenali sebagai buasir daripada kawasan dalam(internal haemorrhoid). Disebabkan saraf yang bersambung dibahagian tersebut adalah saraf jenis organ dalam(Visceral nerve), selalunya pesakit tidak akan merasa sakit walaupun ketulantersebut besar.

Manakala, buasir yang terjadi di bawah garisan ‘dentate’ ia dikenali sebagai ‘external haermorhoid’ iaitu buasir di kawasan luar. Saraf yang bersambung dengan kawasan ini adalah saraf jenis ‘somatic’. Jika masalah ini berlaku dikawasan tersebut, ia akan menghasilkan rasa sakit.

Terdapat dua jenis buasir yang boleh diklasifikasikan berdasarkan asal anatomi mereka iaitu buasir dalaman dan luaran. Buasir dalaman cukup jauh di dalam rektum yang biasanya tidak dapat dilihat atau dirasai oleh para pesakit. Mereka biasanya tidak merasai sebarang kesakitan kerana tidak terdapat banyak saraf di sana. Pendarahan mungkin menjadi satu-satunya simptom buasir dalaman yang dialami oleh pesakit.

Buasir luaran pula adalah benjolan yang terjadi di bawah kulit di sekitar dubur. Para pesakit akan merasa amat sakit kerana terdapat lebih banyak saraf di sekeliling kawasan tersebut. Mereka juga boleh mengalami pendarahan dari dalam dubur. Gejala ini selalunya berlaku apabila buasir dalaman membesar hingga terkeluar dari dubur.

Simptom dan Tanda-Tanda buasir

Kebanyakkan simptom buasir adalah tidak spesifik. Ini kerana ia juga boleh merujuk kepada penyakit lain.

Simptom yang selalu dihadapi oleh pesakit adalah:

- Pendarahan ketika buang air besar (berak berdarah)
- Ketulan di tempat pembuangan air besar
- Sakit pada ketulan tersebut
- Jika ada jangkitan kuman, ia boleh menyebabkan pembentukkan nanah
- Lebihan kulit boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
- Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
- Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit.
- Rasa kurang selesa ketika duduk dan berdiri juga berjalan terutamanya memakai kasut tumit tinggi.
- Pucat
- Tekanan darah rendah
- Lemah badan, lesu dan kurang bermaya, mudah pening atau pitam sekiranya pendarahan terlalu lama dibiarkan

Tetapi simptom-simptom seperti ini terutamanya jika pesakit hanya datang dengan pendarahan ketika buang air besar sahaja, ia juga boleh merujuk kepada penyakit lain. Disebabkan perkara tersebut simptom-simptom lain juga perlu dilihat untuk membezakannya dengan penyakit lain.

Punca penyakit buasir

Penyebab masalah ini adalah tidak jelas namun ia selalu dikaitkan dengan peningkatan tekanan saluran darah di dalam dan sekitar dubur. Tekanan ini akan menyebabkan radang dalam saluran darah.

Kebanyakkan masalah ini akan menghasilkan simptom apabila ia bengkak, randang dan membesar hingga terkeluar daripada dubur. Ramai daripada doktor percaya bila seseorang itu meneran dalam jangka masa yang lama terutamanya ketika sembelit, ia akan menyebabkan masalah ini

Ini kerana ia akan menyebabkan darah dikawasan itu tidak bergerak ke saluran darah vena. Darah yang terkumpul itu membuatkan saluran darah dikawasan itu bengkak dan membesar.

Beberapa penyebab yang dikatakan berkaitan dengan masalah ini adalah:

1. Sembelit

Ketika mana seseorang itu sembelit, ia akan menyebabkan dia mempunyai masalah ketika membuang air besar.Pesakit selalunya akan meneran dalam jangka masa yang lama untuk mengeluarkan najis.

Faktor ini mungkin benar atau tidak kerana masih tiada kajian yang benar-benar menunjukkan sembelit menjadi penyebab kepada masalah ini.

Tetapi ramai doktor percaya ia akan menyebabkan pembengkakan dan pembesaran saluran darah dibahagian tersebut.

Malah apabila ubat untuk melembutkan najis diberikan kepada pesakit, masalah sembelit bersama masalah ini pun akan semakin pulih

2. Hamil

Kehamilan memang terbukti menjadi faktor risiko untuk seseorang menghidapi masalah ini. Selalunya, penyakit buasir tersebut akan hilang selepas wanita tersebut melahirkan anak.

Kaitannya dengan kehamilan adalah disebabkan perubahan hormon di dalam badan seseorang wanita. Ini membuatkan saluran darah disitu lebih senang membesar jika dibandingkan dengan sebelum mengandung

Faktor risko yang lain

- Sejarah keluarga yang mempunyai masalah ini
- Cirit -birit yang kronik
- Kanser usus besar
- Obes
- Pembedahan bahagian dubur
- Meningkat usia
- Mempunyai penyakit keradangan usus(Inflammatory bowel disease)

Cara merawat buasir

Gejala penyakit ini seringkali boleh sembuh selepas beberapa hari tanpa memerlukan rawatan. Buasir yang berlaku semasa kehamilan selalunya bertambah pulih selepas melahirkan anak.

Perubahan gaya hidup membantu mengurangkan ketegangan pada saluran darah di dalam dan sekitar dubur anda. Antara cara mengelakkan masalah ini termasuklah:

- Meningkatkan jumlah pengambilan serat dalam diet secara berperingkat- sumber serat yang baik adalah seperti buah, sayuran, beras, pasta dan roti bijirin penuh dan juga kekacang.
- Banyakkan minum banyak cecair - terutamanya air putih dan cuba elakkan atau mengurangkan kafein dan alkohol
- Segera ke tandas sekiranya terasa ingin membuang air besar- hal ini kerana najis akan menjadi lebih keras dan kering jika anda melengahkan waktu ke tandas dan anda menyebabkan anda perlu meneran. Ini adalah salah satu risiko buasir.
- Elakkan ubat yang menyebabkan sembelit - seperti ubat tahan sakit yang mengandungi kodin
- Kurangkan berat badan
- Bersenam dapat membantu mencegah sembelit, mengurangkan tekanan darah, dan membantu menurunkan berat badan

Rawatan Buasir

Rawatan selalunya diberikan kepada pesakit yang hanya mengadu simptom tersebut dan rawatan yang selalu diberikan tidak melibatkan pembedahan. Ini kerana majoriti daripada penyakit buasir akan baik dengan sendirinya dengan pengambilan diet yang betul berserta ubat-ubatan yang sedikit sebanyak membantu

1. Diet
Pengambilan diet yang mempunyai serat yang tinggi boleh mengelakkan serta merawat penyakit buasir. Ini kerana ia boleh mengelakkan daripada masalah sembelit.

Pesakit dinasihati untuk mengambil satu hidangan sayur untuk ketika setiap kali mengambil makanan yang berat. Kekacang juga salah satu makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi

Bukan itu sahaja, pengambilan air yang secukupnya juga boleh mengelakkan daripada menghadapi masalah sembelit

Kurangkan makanan yang mempunyai fiber yang rendah seperti roti putih, susu, keju, daging dan makanan terproses.

2. Ubat untuk melembutkan najis
Pengambilan ubat terutamanya lactulose mampu melembutkan najis dan mengelakkan daripada sembelit berlaku.

3. Ikat guna getah(Rubber band ligation)
Getah yang digunakan untuk mengikat saluran darah yang bengkak adalah getak khas. Prosedur ini akan menyebabkan bahagian saluran darah yang diikat itu mati dengan sendirinya meninggalkan saluran darah yang normal.

4. Pembedahan untuk buang buasir
Pembedahan hanya dilakukan jika pesakit masih mengalami penyakit buasir yang serius walaupun rawatan perubatan telah diberikan secukupnya.

Pembedahan selalunya menyebabkan komplikasi dan mempunyai kadar penyembuhan yang lama, tetapi setelah sembuh penyakit buasir jarang menyerang semula berbanding dengan cara rawatan lain.

Itulah artikel pasal Buang Air Besar Berdarah Sudah Hampir Seminggu Ini Cara Merawat Buasir Berkesan, InsyaAllah dapat bermanfaat untuk semua orang. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar